Tak tahu sampai bila aku harus bersabar, adakah sabar aku ini akan bertahan selamanya atau pun aku akan rasa hilangnya sabar kerana tindakan bodoh yang akan aku lakukan nanti... hishh!.. tak mungkin aku bodoh dan hilang kewarasan aku untuk melakukan benda-benda yang bodoh sekiranya aku dah hilang sabar.. tindakkan bodoh juga akan membuatkan aku menyesal sehidup hidup... nak ke aku macam tu..?? mesti la aku tak nak.. nauzubillah.. aku masih waras...
Manusia yang tabah menjalani segala rintangan pahit getir duniawi akan rasa sabar untuk menghadapinya.. bagi yang tak sabar atau pun berputus asa.. mungkin akan berfikir jalan yang singkat.. kerana tak sabar juga akan memusnahkan hidup sendiri atau pun masa depan.. hish..! aku tak segila itu..
walaupun segala dugaan dan godaan di dunia ini telah aku tempuhi, tapi aku masih ada rasa sabar.. ntah la semakin aku diduga semakin aku rasa sabar... adakah dengan segala ujian dan dugaan yang telah diberikan membuatkan aku bermuhasabah diri mencari kesilapan dan kesalahan dan buat aku berfikir panjang dan selebihnya aku bersabar menerima segalanya..
sabar itu lebih mulia, hanya sabar sahajalah menjawab segala kekusutan dengan dugaan diberikan.. dengan sabar jugalah kita rasa bersyukur dengan nikmatnya.. hidup ini hanya sementara dan hanya Allah s.wt sahajalah yang dapat membantu kita dari segala kekalutan didunia yang kita sendiri mengkalutkan diri kita sendiri...
Alhamdulillah dengan segala ujian yang Allah berikan pada aku.. aku tetap sabar dan doa aku.. agar suatu hari nanti akan menerima berita gembira dariNYA... insyallah... amin...

0 comments:
Post a Comment